
Fungsi utama Jabatan Pembangunan Profesionalisme:
- Mengenal pasti dan menetapkan keperluan latihan berdasarkan tahap kompetensi sumber manusia.
- Memberi bimbingan dan khidmat bantu untuk meningkatkan pembangunan sumber manusia (latihan).
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan latihan berdasarkan peruntukan.
- Menilai keberkesanan latihan bagi memastikan pelaksanaan kursus dan latihan mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.
- Mengawal selia data latihan dan memastikan perekodan maklumat dikemaskini.
- Menyelaras semua urusan latihan dan bertindak sebagai Pegawai Latihan institusi.
- Bertindak sebagai Sekretariat jawatan kuasa latihan peringkat institusi.
Aspirasi Ketua Jabatan:
Jabatan ini beriltizam menjadi pemangkin kecemerlangan profesional dengan menyediakan latihan yang berfokus, selari dengan keperluan semasa industri, dasar pendidikan negara dan aspirasi Malaysia MADANI.
Jabatan Pembangunan Profesionalisme juga komited melahirkan tenaga pendidik dan staf yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, beretika serta berdaya saing melalui perancangan program yang sistematik, inovatif dan inklusif. Melalui kolaborasi strategik, perkongsian kepakaran dan amalan reflektif, Jabatan Pembangunan Profesionalisme akan terus menyokong peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan dan kecemerlangan institusi secara mampan.