Jabatan Pendidikan Umum

carta_organisasi_jpu

 

FUNGSI JABATAN

  • Menyelaras penyampaian kurikulum mata pelajaran dan kursus umum berasaskan hasil pembelajaran.
  • Memantau pelaksanaan takwim pengajian serta pentaksiran dan penilaian.
  • Memantau dan menilai kualiti pelaksanaan penyampaian kurikulum pengajaran dan pembelajaran (PdP).
  • Menyelaras pelan pembangunan sumber manusia.
  • Memberi bimbingan profesional kepada pegawai di bawah seliaan.
  • Memantau dan menilai penyampaian kurikulum, pentaksiran dan penilaian berdasarkan pematuhan akreditasi, pensijilan dan pentauliahan.
  • Menyelaras keperluan tenaga pengajar mata pelajaran atau kursus.
  • Mengawal selia dan memantau kewangan dan aset di peringkat Jabatan.

TERDAPAT 4 UNIT:

  • Unit Bahasa
  • Unit Sains dan Matematik
  • Unit Kemanusiaan
  • Unit Pengajian Umum

FUNGSI UNIT:

  • Memantau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut standard kurikulum dan unit.
  • Memantau pelaksanaan Pentaksiran Berterusan (PB) mengikut kurikulum yang disediakan.
  • Melaksanakan perancangan takwim akademik dan sokongan akademik unit.
  • Menganalisis keputusan Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA).
  • Menyelaras semua dokumen kursus dan, pentaksiran dan penilaian.
  • Melaksanakan program peningkatan prestasi pensyarah dan pelajar.

 

"Membantu melahirkan pelajar yang berkembang bukan sahaja daripada aspek akademik, malah aspek sahsiah, kemahiran insaniah dan nilai murni turut diutamakan. JPU berhasrat melahirkan pelajar yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing melalui penguasaan ilmu teras selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan tuntutan Pendidikan Abad ke-21"

Pn. Zurina Binti Ahmad

Pn. Zurina Binti Ahmad

Ketua Jabatan Pendidikan Umum