Kolej Vokasional Sungai Petani 1 (KVSP1) telah mula beroperasi sejak tahun 1992 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1 (SMVSP1). SMVSP1 menawarkan kursus Amalan Bengkel Mesin dan Kimpalan & Fabrikasi Logam. Pada tahun 1997, SMVSP1 telah dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 (SMTSP1) dengan menawarkan satu lagi kursus iaitu Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Pada tahun 2011, SMTSP1 telah kembali kepada SMVSP1 apabila tidak lagi menawarkan kursus Pengajian Kejuturaan Mekanikal. Pada tahun 2012, SMVSP1 telah menjadi salah sebuah Kolej Vokasional rintis yang menawarkan pengajian hingga ke peringkat diploma dan dikenali sebagai Kolej Vokasional Sungai Petani 1 (KVSP1).
Pengambilan pelajar adalah lepasan tingkatan 3 yang layak akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil Vokasional Malaysia selama 2 tahun. Seterusnya pelajar yang layak ke peringkat Diploma akan ditawarkan melanjutkan pengajian mereka di sini selama 2 tahun 6 bulan. Pelajar akan dapat bergraduat pada usia 20 tahun.
Terdapat 4 program pengajian yang ditawarkan di sini:
i. Teknologi Kimpalan
ii. Teknologi Pemesinan Industri
iii. Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian
iv. Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web