Program Teknologi Maklumat


carta_organisasi_tm

 

Sinopsis Program

Program Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian ditawarkan di Kolej Vokasional di bawah bidang Teknologi Maklumat. Program ini direka bentuk bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkemahiran dalam pembangunan, penyelenggaraan serta pengurusan sistem komputer dan rangkaian mengikut keperluan industri semasa.

Pelajar akan didedahkan dengan asas bahasa pengaturcaraan, sistem operasi, perisian aplikasi, rangkaian komputer, keselamatan siber serta amalan terbaik dalam penyelenggaraan perkakasan dan perisian. Selain itu, elemen Matematik, Sains Teknologi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral turut disepadukan sebagai modul akademik bagi membentuk graduan yang seimbang dari segi kemahiran teknikal dan sahsiah.

Sepanjang pengajian, pelajar akan mengikuti pembelajaran berstruktur yang merangkumi teori dan amali melalui modul akademik serta modul vokasional. Penekanan turut diberikan kepada projek inovasi, latihan industri, dan kerja kursus berasaskan masalah sebenar yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran praktikal di lapangan.

 

Hasil daripada program ini, pelajar akan memperoleh kompetensi dalam:

  1. Pemasangan dan penyelenggaraan komputer.
  2. Reka bentuk, konfigurasi dan pengurusan rangkaian.
  3. Penggunaan teknologi terkini dalam automasi rangkaian dan keselamatan sistem.
  4. Penyediaan penyelesaian IT yang kreatif dan inovatif untuk keperluan organisasi.

 Laluan Pendidikan

Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Tempoh: 2 Tahun

Pelajar akan didedahkan kepada asas penyelenggaraan, konfigurasi komputer dan rangkaian, serta pengurusan sistem maklumat.

Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Tempoh: 2 Tahun 5 Bulan

Pelajar akan mempelajari kemahiran lanjutan dalam bidang sistem komputer dan rangkaian, termasuk konfigurasi peringkat pertengahan dan pentadbiran sistem yang lebih kompleks.

 Peluang Kerjaya Selepas Tamat Pengajian

Graduan Program Teknologi Maklumat mempunyai laluan kerjaya yang cerah dalam dunia digital.

JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER

JURUTEKNIK RANGKAIAN KOMPUTER

PEMBANTU JURUTERA SISTEM MAKLUMAT

PEMBANTU JURUTERA RANGKAIAN KOMPUTER

PERKHIDMATAN PEMASANGAN SISTEM RANGKAIAN

USAHAWAN (IT/TEKNOLOGI)

 Aktiviti, Pencapaian dan Anugerah Pelajar

Berikut adalah aktiviti, anugerah dan pencapaian pelajar bagi Program Teknologi Maklumat.


Aktiviti Pelajar Teknologi Maklumat

Antara aktiviti pembelajaran pelajar Teknologi Maklumat.


Anugerah dan Pencapaian Pelajar Teknologi Maklumat

"Melahirkan graduan yang mahir dalam bidang sistem komputer dan rangkaian serta mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan pesat teknologi maklumat."

Ts. Murnita Binti Abd Hamid

Ts. Murnita Binti Abd Hamid

Ketua Program Teknologi Maklumat