Teknologi Maklumat


 carta_org_kpd

Sinopsis Program

Program Teknologi Komputeran I Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam aplikasi teknologi komputer dalam aplikasi web. Program ini turut memberikan tumpuan kepada pembangunan multimedia, pengurusan, e-dagang, pengaturcaraan dan pembangunan aplikasi web dan pemasangan serta konfigurasi sistem pengurusan pangkalan data. Selain itu, peningkatan kemahiran dan pengetahuan pembangunan aplikasi web mengikut keperluan pengguna turut diterapkan.

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ialah untuk membentuk Pengaturcara dan Pembangun Sistem yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 Laluan Pendidikan

Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Tempoh: 2 Tahun

Warganegara Malaysia yang telah berada atau tamat Tingkatan 3 pada tahun semasa boleh memohon untuk melanjutkan pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) selama 2 tahun di sini.

Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Tempoh: 2 Tahun 5 Bulan

Pelajar yang layak ke peringkat Diploma akan ditawarkan untuk meneruskan pengajian di sini selama 2 tahun dan seterusnya menjalani Latihan Industri selama 5 bulan.

 Peluang Kerjaya Selepas Tamat Pengajian

Graduan Program Teknologi Komputeran mempunyai laluan kerjaya yang cerah dalam dunia pengaturcaraan dan digital.

PENGATURCARA APLIKASI MUDAH ALIH

PENOLONG JURUTERA PERISIAN

PEMBANGUN LAMAN WEB

PEMBANTU PENGATURCARA SISTEM

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENTADBIR SISTEM

PENOLONG PENGURUS PROJEK

USAHAWAN

Gambaran Program

Program Sistem Komputer & Rangkaian ditawarkan kepada pelajar yang telah tamat tingkatan 3 dan memenuhi syarat umum dan khusus kemasukan.

Program ini menyediakan pelajar kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi komputer serta rangkaian dan penyimpanan data disamping pengurusan pentadbiran dan integrasi maklumat.

Laluan Pendidikan

Sijil Vokasional Malaysia

Tempoh pengajian: 2 tahun

Pelajar akan didedahkan kepada asas penyelenggaraan, konfigurasi komputer dan rangkaian, serta pengurusan sistem maklumat.

Diploma Vokasional Malaysia

Tempoh pengajian: 2 tahun 5 bulan

Pelajar akan mempelajari kemahiran lanjutan dalam bidang sistem komputer dan rangkaian, termasuk konfigurasi peringkat pertengahan dan pentadbiran sistem yang lebih kompleks.

Kelayakan Pemohon

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di SMK atau Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Memohon secara online dan menduduki PKSK
  • Memperoleh markah PBD, PAJSK dan Pentaksiran Psikometrik
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak rabun / buta warna
  • Bebas sakit kronik
  • Berminat dengan program dipohon

Syarat Khusus

Memperoleh sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi mata pelajaran:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains, Matematik
  4. Reka Bentuk & Teknologi / Asas Sains Komputer (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD)

Kandungan Kursus

Penyelenggaraan Komputer

Pemasangan, Troubleshooting, Penyelenggaraan Perkakasan

Rangkaian Komputer

Konfigurasi Rangkaian, Protokol, Keselamatan Rangkaian

Pentadbiran Sistem

Sistem Operasi, Pengurusan Data, Integrasi Sistem

Aktiviti Pelajar

Peluang Kerjaya Selepas Tamat Pengajian

Penolong Jurutera Komputer
Penolong Jurutera Rangkaian
Pentadbir Sistem Rangkaian
Juruteknik Rangkaian
Penganalisis Sistem Rangkaian
Juruteknik Komputer
Perkhidmatan Sistem Rangkaian
Usahawan Kedai Komputer / Rangkaian

~CODE YOUR FUTURE~ C – Competent (Kompeten, mahir dalam bidang), O – Outstanding (Cemerlang, menyerlah dalam pasaran kerja), D – Dynamic (Berdaya saing, fleksibel, inovatif), E – Ethical (Beretika, berintegriti tinggi)

Pn. Rusliza Binti Ramli

Pn. Rusliza Binti Ramli

Ketua Program Teknologi Komputeran