Kolej Vokasional Sungai Petani 1

The Leader of Future Skills

 carta_org_kpd

Sinopsis Program

Program Teknologi Komputeran I Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam aplikasi teknologi komputer dalam aplikasi web. Program ini turut memberikan tumpuan kepada pembangunan multimedia, pengurusan, e-dagang, pengaturcaraan dan pembangunan aplikasi web dan pemasangan serta konfigurasi sistem pengurusan pangkalan data. Selain itu, peningkatan kemahiran dan pengetahuan pembangunan aplikasi web mengikut keperluan pengguna turut diterapkan.

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ialah untuk membentuk Pengaturcara dan Pembangun Sistem yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 Laluan Pendidikan

Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Tempoh: 2 Tahun

Warganegara Malaysia yang telah berada atau tamat Tingkatan 3 pada tahun semasa boleh memohon untuk melanjutkan pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) selama 2 tahun di sini.

Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Tempoh: 2 Tahun 5 Bulan

Pelajar yang layak ke peringkat Diploma akan ditawarkan untuk meneruskan pengajian di sini selama 2 tahun dan seterusnya menjalani Latihan Industri selama 5 bulan.

 Peluang Kerjaya Selepas Tamat Pengajian

Graduan Program Teknologi Komputeran mempunyai laluan kerjaya yang cerah dalam dunia pengaturcaraan dan digital.

PENGATURCARA APLIKASI MUDAH ALIH

PENOLONG JURUTERA PERISIAN

PEMBANGUN LAMAN WEB

PEMBANTU PENGATURCARA SISTEM

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENTADBIR SISTEM

PENOLONG PENGURUS PROJEK

USAHAWAN

~CODE YOUR FUTURE~ C – Competent (Kompeten, mahir dalam bidang), O – Outstanding (Cemerlang, menyerlah dalam pasaran kerja), D – Dynamic (Berdaya saing, fleksibel, inovatif), E – Ethical (Beretika, berintegriti tinggi)

Pn. Rusliza Binti Ramli

Pn. Rusliza Binti Ramli

Ketua Program Teknologi Komputeran