Kolej Vokasional Sungai Petani 1

The Leader of Future Skills

carta_organisasi_mpi

 

Sinopsis Program

Program Teknologi Pemesinan Industri direka untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi praktikal dalam pengendalian, penyelenggaraan, pengurusan mesin serta operasi pemesinan moden yang digunakan dalam sektor pembuatan. Program ini selaras dengan keperluan industri semasa dan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknikal, keselamatan kerja serta kebolehan menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan produk.

Pelajar akan mempelajari bidang-bidang utama seperti:

  • Mesin Canai dan Mata Alat Pemotong – mentafsir lukisan teknikal, menyediakan mesin dan mata alat pemotong, melaksanakan operasi pencanai­an dan menghasilkan mata alat yang tajam serta tepat.
  • Mesin Larik dan CNC Lathe – menyediakan alat dan aksesori, melaksanakan operasi pelarikan manual dan CNC, serta menghasilkan produk akhir mengikut spesifikasi lukisan teknikal.
  • Mesin Kisar dan CNC Milling – mentafsir lukisan teknikal, mengendalikan mesin manual dan CNC, melaksanakan operasi pengikisan dan menghasilkan komponen mengikut keperluan teknikal.
  • Mesin EDM Wire Cut & EDM Die Sinker – mengendalikan proses pemotongan elektrode secara tepat untuk penghasilan komponen kompleks.
  • 3D Prototype Printing – membina model prototaip 3D bagi tujuan reka bentuk, pengubahsuaian dan komersialisasi produk.
  • Pemasangan Komponen Mesin – melaksanakan pemasangan komponen lengkap, memeriksa produk akhir dan mengamalkan prosedur keselamatan yang betul.

Pada tahap akhir program, pelajar diwajibkan menjalani Latihan Industri (On Job Training) selama 6 bulan, membolehkan mereka mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di kolej ke dalam persekitaran kerja sebenar, seterusnya membina kebolehan profesional dan keyakinan dalam bidang pemesinan industri.

Program ini menyediakan asas yang kukuh untuk pelajar menjadi tenaga kerja mahir dalam industri pembuatan moden, selaras dengan kehendak teknologi terkini, standard keselamatan dan keperluan pasaran global.

 Laluan Pendidikan

Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Tempoh: 2 Tahun

Warganegara Malaysia yang telah berada atau tamat Tingkatan 3 pada tahun semasa boleh memohon untuk melanjutkan pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) selama 2 tahun di sini.

Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Tempoh: 2 Tahun 6 Bulan

Pelajar yang layak ke peringkat Diploma akan ditawarkan untuk meneruskan pengajian di sini selama 2 tahun dan seterusnya menjalani Latihan Industri selama 6 bulan.

 Peluang Kerjaya Selepas Tamat Pengajian

Program Sijil Vokasional Malaysia membuka pintu kepada pelbagai peranan tahap permulaan dalam industri pemesinan. Berikut adalah jawatan yang boleh anda sertai selepas tamat pengajian:

OPERATOR MESIN CNC

OPERATOR LARIK / MILING

PEMBANTU JURUTEKNIK

TOOL ROOM ASSISTANT

OPERATOR E DM/ WIRE CUT

 

Program Diploma pula menawarkan peluang kerjaya yang lebih luas dengan tanggungjawab yang lebih besar dan potensi pendapatan yang lebih tinggi, contohnya seperti;

JURUTEKNIK CNC

PROGRAMMER CNC

MACHINIST

PENYELIA BENGKEL

CAD / CAM TECHNICIAN

USAHAWAN CNC

"Secara keseluruhan, aspirasi saya adalah memastikan setiap graduan keluar dari program ini bukan sahaja kompeten secara teknikal tetapi juga bersedia menjadi tenaga kerja mahir, inovatif, berdikari, dan mampu menyumbang secara efektif kepada pembangunan industri pembuatan moden. Program ini diharapkan mampu melahirkan profesional yang memenuhi keperluan industri semasa, sekaligus memperkukuh reputasi program sebagai peneraju dalam pendidikan pemesinan industri."

Ts. Mohd Naim Bin Mohd Amin

Ts. Mohd Naim Bin Mohd Amin

Ketua Program Teknologi Pemesinan Industri