Jabatan Inovasi dan Penyelidikan di Kolej Vokasional Sungai Petani 1 memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan, latihan, serta penghasilan produk dan penyelesaian inovatif. Berikut adalah fungsi utama jabatan ini:
- Menyelaras pelaksanaan penyelidikan dan inovasi di peringkat institusi.
- Menyelaras seminar, kolokium dan pertandingan inovasi di peringkat institusi.
- Menyelaras, memantau dan mengawal selia penyertaan institusi dalam seminar penyelidikan serta pertandingan inovasi dalam dan luar negara.
- Membimbing dan memantau penyediaan kertas kajian bagi pembentangan di seminar/bengkel/persidangan di peringkat institusi/zon/kebangsaan/antarabangsa.
- Mengenal pasti keperluan sumber dan mengurus kewangan bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat institusi/ zon/ kebangsaan/ antarabangsa.



